Lebih tempahan GrabExpress dengan Struktur Tambang Baru & insentif yang lebih baik

Grab ingin memastikan tempahan GrabExpress yang berterusan apabila rakan-penghantar datang online. Oleh itu, kami telah mengemaskini struktur tambang perkhidmatan GrabExpress bagi menarik lebih banyak pelanggan untuk menggunakan GrabExpress dan meningkatkan jumlah tempahan anda.

Di samping itu, kami juga mendengar maklum-balas anda terutamanya mengenai penghantaran yang memerlukan lebih masa untuk dilengkapkan.

Dengan itu, kami akan membuat perubahan-perubahan berikut  mulai 6 Julai 2020.  


Struktur Tambang Baru

Berikut adalah struktur tambang baru untuk GrabExpress. Kami akan menyelaraskan tambang setiap KM untuk memastikan pendapatan yang lebih konsisten dengan jarak perjalanan.


 Jaminan Setiap Minit

Bagi memastikan anda menerima pendapatan yang setimpal dengan jangka masa penghantaran, kami akan memperkenalkan Jaminan Setiap Minit sebanyak RM0.30 bagi menggantikan Bonus Pickup Jarak Jauh untuk penghantaran GrabExpress sahaja.

Bonus ini akan memastikan anda mendapat pendapatan bersih minimum RM0.30 setiap minit (anggaran masa pickup + anggaran masa penghantaran) untuk setiap penghantaran. Jika sistem kami menjangkakan pendapatan bersih setiap minit anda akan kurang daripada RM0.30 setiap minit, anda akan menerima bonus supaya pendapatan bersih anda mencapai jumlah jaminan ini.

Contoh 1: Ahmad menerima satu pesanan GrabExpress  dengan tambang kasar RM10 (tambang bersih: RM8). Masa anggaran sistem Grab adalah 33 minit untuk melengkapkan penghantaran (3 minit untuk ke lokasi pickup dan 30 minit untuk penghantaran).

Pengiraan Jaminan Setiap Minit untuk penghantaran ini adalah seperti berikut:

Contoh 2: Ahmad mengambil tambahan 5 minit untuk tiba di lokasi pickup yang lebih jauh. Masa anggaran sistem Grab adalah 38 minit untuk melengkapkan penghantaran (5 minit untuk ke lokasi pickup dan 30 minit untuk penghantaran). Tambang kasar pesanan ini masih kekal pada RM10 (tambang bersih: RM8).Jika lokasi pick up lebih jauh, bonus ini akan meningkat (lihat contoh 2).

Pengiraan Jaminan Setiap Minit untuk penghantaran ini adalah seperti berikut:

Jumlah insentif ini akan meningkat sekiranya lokasi pickup adalah lebih jauh. Ia juga akan memberikan anda lebih pendapatan untuk penghantaran jarak dekat, dimana tambang untuk penghantaran tersebut mungkin tidak setimpal dengan masa yang anda luangkan untuk melengkapkan penghantaran, terutamanya jika anda perlu menunggu lama untuk menemui pengirim atau penerima.

Nota:

  1. Jumlah ini akan disertakan dalam jumlah bonus (berwarna kuning) semasa anda menerima pesanan. Jumlah yang dipaparkan dikira berdasarkan anggaran masa pickup dan keseluruhan perjalanan oleh sistem kami dan tidak akan berubah semasa penghantaran atau selepas penghantaran selesai
  2. Jaminan Setiap Minit adalah berasingan dengan pendapatan anda dari insentif lain seperti bonus penghantaran (Perintis) / Permata (Batch 2).
  3. Jaminan Setiap Minit ini diberikan untuk penghantaran GrabExpress sahaja. Penghantaran GrabFood akan tetap menerima Bonus Pengambilan Jarak Jauh tanpa sebarang perubahan.

Kami juga akan mengadakan lebih banyak promosi dan kempen pemasaran bagi menarik lebih banyak pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan GrabExpress, dan dengan itu meningkatkan peluang pendapatan anda.

 

Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.