Panduan Kecemasan GrabCar
Keselamatan keutamaan bagi Grab. Kami ingin memastikan keselamatan pemandu dan penumpang kami dijaga sepanjang masa. Walau bagaimanapun, kami faham sesetengah scenario yang tidak dapat dijangka boleh berlaku – tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh bersedia untuk menghadapinya. Kami telah menyenaraikan prosedur yang anda perlu ambil dalam kes-kes kecemasan.
Kami amat menghargainya jika semua Grabber boleh memberikan komitmen untuk memahami dan mengamalkan Panduan Kecemasan GrabCar, supaya kita boleh menjamin perkhidmatan yang selamat bagi anda dan penumpang anda.