Memperkenalkan pesanan tunai untuk GrabFood

[Kemaskini 3 Sept: Kami telah mengurangkan tempoh masa proses bayaran balik kepada 3 hari bekerja!]

Ditawarkan di bandar anda tidak lama lagi!

Click here for the English version

Berdasarkan program percubaan yang kami jalankan sebelum ini, kami dapati bahawa rakan-penghantar yang melengkapkan pesanan tunai & tanpa tunai meraih 30% lebih banyak pendapatan. Tambahan pula, dengan menawarkan cara pembayaran tunai untuk pengguna GrabFood, permintaan pesanan telah bertambah dan ini telah memberikan peluang pendapatan yang lebih tinggi di bandar tersebut.

Berikutan hasil yang memberangsangkan ini, sukacita dimaklumkan bahawa kami akan memperkenalkan pesanan tunai GrabFood di semua bandar tidak lama lagi! Ini bermaksud rakan-penghantar kereta & motosikal akan diperuntukkan pesanan tunai, di samping pesanan tanpa tunai.

Untuk ketahui cara untuk mengendali pesanan ini, lengkapkan latihan di bahagian GrabAcademy dalam aplikasi pemandu.

*Nota: Pelancaran ini akan dilakukan secara berperingkat. Lengkapkan latihan untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan!


Manfaat Pesanan Tunai GrabFood


Soalan Lazim

1. Bagaimanakah cara untuk mengendali pesanan tunai GrabFood?

Rakan-penghantar kereta & motosikal boleh ketahui cara untuk mengendali pesanan tunai GrabFood dengan melengkapkan latihan.

Anda boleh mengakses latihan ini di bahagian GrabAcademy dalam aplikasi pemandu.

2. Adakah cara pembayaran tunai akan ditawarkan untuk GrabMart?

Tidak, kami hanya akan menawarkan cara pembayaran tunai bagi pesanan GrabFood sahaja. Jika pesanan GrabMart ditawarkan di bandar anda, pesanan ini akan kekal sebagai pesanan tanpa tunai.

3. Adakah saya perlu membayar rakan-niaga apabila saya mengambil pesanan tunai?

Tidak, anda tidak perlu membayar rakan-niaga. Anda hanya perlu mengambil pesanan daripada rakan-niaga seperti biasa dan ambil wang tunai daripada pengguna untuk pesanan seperti ini.

4. Apakah yang perlu saya lakukan untuk layak bagi pesanan tunai?

Untuk layak bagi pesanan tunai, sila pastikan dompet kredit ATAU dompet tunai anda mempunyai baki sekurang-kurangnya RM100. Anda akan diperuntukkan bilangan pesanan tunai yang lebih rendah jika kedua-dua dompet tidak mempunyai baki minimum ini. Ini adalah kerana pesanan tunai hanya akan diperuntukkan jika jumlah pesanan tersebut adalah kurang daripada baki dompet anda.

Untuk tambah nilai dompet kredit anda, anda boleh pindahkannya daripada dompet tunai anda atau tambah nilai melalui GrabBenefits. Untuk info lanjut tentang cara tambah nilai melalui GrabBenefits, tekan sini.

5. Apakah jumlah maksimum bagi pesanan tunai?

Kami telah menghadkan pesanan tunai pada RM100 bagi setiap pesanan. Anda diingatkan untuk menyimpan wang tunai yang anda terima dengan rapi di dalam beg/dompet.

6. Apakah yang perlu saya lakukan jika pengguna tidak mempunyai wang tunai cukup untuk membayar saya?

Jika pengguna tidak mempunyai wang tunai ATAU tidak mempunyai wang tunai yang cukup untuk membayar anda, lengkapkan penghantaran seperti biasa tetapi jangan ambil sebarang wang tunai daripada pengguna.

Sebaliknya, sila hubungi kami melalui Pusat Bantuan dan kami akan top up jumlah bayaran ini ke dalam dompet tunai anda dalam tempoh masa 3 hari bekerja.

Tip: Tanya pengguna jika wang kecil diperlukan. Sila sediakannya sebelum anda membuat penghantaran.

7. Saya sudah sampai ke destinasi tetapi saya tidak dapat menghubungi pengguna / pengguna tidak muncul untuk mengambil pesanan. Apakah yang perlu saya lakukan?

Kami nasihatkan anda untuk cuba hubungi pengguna sekurang-kurangnya 3 kali. Jika anda tidak dapat hubungi pengguna selepas menunggu selama 10 minit (motosikal) / 5 minit (kereta), sila letakkan pesanan makanan di tempat yang selamat.

Hubungi kami melalui Pusat Bantuan dan kami akan top up jumlah pembayaran ini ke dalam dompet tunai dalam tempoh masa 3 hari bekerja.

8. Pengguna tidak dapat mengambil pesanan mereka kerana arahan kuarantin rumah. Apakah yang perlu saya lakukan?

Letak pesanan makanan di tempat yang selamat. Anda boleh minta pengguna anda untuk menghantar bukti arahan kuarantin rumah (gambar atau gambar skrin MySejahtera) untuk tujuan pengesahan tetapi langkah ini adalah TIDAK WAJIB.

Hubungi kami melalui Pusat Bantuan dan kami akan top up jumlah pembayaran ini ke dalam dompet tunai dalam tempoh masa 3 hari bekerja.

9. Pengguna saya memaklumkan saya terdapat makanan yang tidak ada/tumpah/rosak untuk pesanan tunai GrabFood. Apakah yang perlu saya lakukan?

Lengkapkan penghantaran seperti biasa dan ambil jumlah wang tunai daripada pengguna. Nasihatkan pengguna untuk hubungi kami di Pusat Bantuan untuk meminta bayaran balik.

Jika pengguna anda tidak mahu membayar pesanan tunai tersebut setelah anda lengkapkan penghantaran, hubungi kami melalui Pusat Bantuan. Kami akan top up jumlah pembayaran ini ke dalam dompet tunai dalam tempoh masa 3 hari bekerja.

10. Adakah saya perlu mempunyai wang tunai yang cukup semasa menghantar pesanan?

Ya, kami nasihatkan anda untuk menyediakan wang tunai yang cukup sebelum anda membuat penghantaran ke pengguna. Anda boleh dapatkan wang tunai daripada ATM atau daripada mana-mana kedai serbaguna. Walau bagaimanapun, sila maklumkan kepada pengguna anda terlebih dahulu jika anda perlu mendapatkan wang daripada lokasi ini.

Jika anda memberikan baki yang salah atau telah mengambil jumlah yang berlebihan, kami akan menolak jumlah ini daripada dompet tunai atau kredit anda.

11. Bagaimanakah cara untuk saya kongsikan maklum balas?

Anda boleh kongsikan maklum balas anda kepada kami dengan mengisi borang ini.


Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.