Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabCar (Economy) – Sungai Petani

| 29 Januari –  4 Februari, 2018 |

Click for the English version

Grabbers yang disayangi,

Dengan sambutan perayaan yang akan tiba tidak lama lagi, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada semua yang menyambutnya. Kami juga mengharapkan perjalanan yang selamat bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman. Selamat bercuti!

Terima kasih kerana memastikan penumpang anda sampai ke destinasi dengan selamat. Mari kita terus memandu Sungai Petani ke hadapan.

Semoga minggu anda produktif, berhati-hati dan selamat memandu!


**Sila dimaklumkan bahawa semua Special Trip Target Bonus adalah tertakluk kepada seluruh Sungai Petani.

// Ciri My Destination

Kami baru sahaja melancarkan ciri baharu dalam aplikasi pemandu yang akan memadankan anda dengan penumpang yang menuju ke arah yang sama, semasa anda dalam perjalanan pulang ke rumah. Tekan di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

// Peringatan Akaun Bank Pihak Ketiga

Sila harap maklum di atas peruntukkan undang-undang dan tujuan mempercepatkan proses cash out, Grab akan menghentikan penggunaan akaun bank pihak ketiga. Jika akaun anda masih terikat dengan akaun bank pihak ketiga, sila berikan butiran akaun bank peribadi anda yang telah didaftar dengan IC anda, di dalam borang ini.


Program ini direka khas untuk memberikan anda ganjaran yang terbaik sebagai Grabber yang setia dan berprestasi tinggi. Ikut serta untuk menjadi Grab Ambassador dan anda akan secara automatik layak untuk pendapatan tertinggi.

  • Opt in untuk menjadi Grab Ambassador, jika tidak, anda akan dianggap sebagai pemandu Grab Associate. Anda hanya perlu opt in sekali.
  • Cashback Earnings – sebagai Grab Ambassador, anda hanya perlu membayar komisyen 20% kepada Grab.
  • Grabbers setia sahaja – memandu dengan Grab SAHAJA untuk seminggu untuk mendapatkan insentif. Bagi mereka yang dikesan memandu untuk pesaing, anda akan secara automatik jatuh kepada program Grab Associate.

Sila tekan butang “Opt in Now” diatas dari 29 Januari – 3 Februari 2018, 11.59mlm supaya anda boleh layak untuk menikmati faedah yang terbaik mulai 5 Februari 2018! 

Syarat-syarat

Sila penuhkan syarat-syarat berikut untuk mendapatkan insentif.

SGP BM.JPG

* Sila baca cetakan halus dan merujuk kepada kawasan sibuk untuk maklumat penuh

Struktur Pendapatan

  • 20% komisen untuk cas perkhidmatan
  • Menikmati Special Trip Target Bonus

Kawasan-kawasan Sibuk : http://grb.to/gc_sgpbusyareas


Kepada sesiapa yang tidak mendaftar Opt In, anda secara automatik akan termasuk dalam Grab Associate Programme.

Sila penuhkan syarat-syarat berikut untuk mendapatkan insentif.

Struktur Pendapatan [DIKEMASKINI]

  • Kadar 25% komisen untuk cas perkhidmatan
  • Menikmati Special Trip Target Bonus

Kawasan-kawasan Sibuk : http://grb.to/gc_sgpbusyareas


Bonus Referral

Untuk SEMUA pemandu! Rujuk rakan anda untuk menjadi pemandu GrabCar dan anda berpeluang mendapatkan RM75 bonus tambahan.

  1. Referral bonus hanya sah jika Grabber baru menyelesaikan 15 perjalanan dalam 30 hari. Hanya untuk pemandu baru yang dirujuk di sekitar Sungai Petani.
  2. Sebagai Grabber yang merujuk Grabber baru, anda perlu mengekalkan minimum 5 perjalanan seminggu (20 perjalanan setiap bulan) untuk dikelaskan sebagai ‘aktif’ dan layak untuk referral bonus.

*** Sila mengisi nama penuh, nombor plat  kereta  dalam borang pendaftaran “Referral By Driver”. Untuk maklumat lanjut, layari sini.


Untuk meningkatkan pendapatan anda, ambillah penumpang di kawasan yang sibuk pada waktu sibuk. Kawasan yang sibuk mempunyai ramai penumpang yang memerlukan bantuan anda. Untuk maklumat lanjut tentang kawasan-kawasan yang sibuk, sila layari disini.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat.

// Team GrabCar MY