Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabCar (Economy) – Sungai Petani

| 1 Januari – 7 Januari, 2018 |

Click for the English version

Kepada Grabber yang dihargai,

Selamat Tahun Baharu daripada kami semua di Grab! Terima kasih kerana menjadikan tahun 2017 sebagai penanda aras yang penting buat kami, sambil memastikan penumpang dalam keadaan gembira dan selamat.

Menuju tahun 2018, kami berharap untuk terus memacu Sungai Petani ke hadapan bersama anda!


**Sila dimaklumkan bahawa semua Special Trip Target Bonus adalah tertakluk kepada seluruh Sungai Petani.

// Penangguhan top up insentif

Sila dimaklumkan bahawa insentif anda akan di top up pada hari Khamis (4 Jan) oleh kerana hari Isnin (1 Jan) adalah cuti umum. Terima kasih kerana memahami.

// Peringatan: Ciri Number Masking

Untuk menambahbaik lagi aspek keselamatan, kami telah mencipta ciri number masking. Ciri ini akan memberikan pemandu dan penumpang nombor telefon yang dijana secara automatik untuk merahsiakan identiti kedua belah parti dan juga membolehkan anda membuat panggilan kepada penumpang antarabangsa dengan pelan telefon tempatan!

Nota PENTING: anda diingatkan untuk mengemaskini nombor telefon anda agar anda dapat menggunakan ciri ini. Untuk maklumat lanjut, sila tekan di sini.


Syarat-syarat

Sila penuhkan syarat-syarat berikut untuk mendapatkan insentif.

SGP BM.JPG

* Sila baca cetakan halus dan merujuk kepada kawasan sibuk untuk maklumat penuh

Struktur Pendapatan

  • 20% komisen untuk cas perkhidmatan
  • Menikmati 10% cashback apabila anda melengkapkan perjalanan pada hari Isnin hingga Khamis (10 pg – 5 ptg)
  • Menikmati Special Trip Target Bonus

Kawasan-kawasan Sibuk : http://grb.to/gc_sgpbusyareas


Kepada sesiapa yang tidak mendaftar Opt In, anda secara automatik akan termasuk dalam Grab Associate Programme.

Sila penuhkan syarat-syarat berikut untuk mendapatkan insentif.

Struktur Pendapatan [DIKEMASKINI]

  • Kadar 25% komisen untuk cas perkhidmatan
  • Menikmati Special Trip Target Bonus

Kawasan-kawasan Sibuk : http://grb.to/gc_sgpbusyareas


Bonus Referral

Untuk SEMUA pemandu! Rujuk rakan anda untuk menjadi pemandu GrabCar dan anda berpeluang mendapatkan RM75 bonus tambahan.

  1. Referral bonus hanya sah jika Grabber baru menyelesaikan 15 perjalanan dalam 30 hari. Hanya untuk pemandu baru yang dirujuk di sekitar Sungai Petani.
  2. Sebagai Grabber yang merujuk Grabber baru, anda perlu mengekalkan minimum 5 perjalanan seminggu (20 perjalanan setiap bulan) untuk dikelaskan sebagai ‘aktif’ dan layak untuk referral bonus.

*** Sila mengisi nama penuh, nombor plat  kereta  dalam borang pendaftaran “Referral By Driver”. Untuk maklumat lanjut, layari sini.


Untuk meningkatkan pendapatan anda, ambillah penumpang di kawasan yang sibuk pada waktu sibuk. Kawasan yang sibuk mempunyai ramai penumpang yang memerlukan bantuan anda. Untuk maklumat lanjut tentang kawasan-kawasan yang sibuk, sila layari disini.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat.

// Team GrabCar MY