Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabCar (Economy) – Negeri Sembilan

| 28 Mei – 3 Jun, 2018 |

Click here for English version

Rakan-pemandu yang disayangi,

Salam sejahtera kepada rakan-pemandu Negeri Sembilan! Kami sangat gembira kerana anda menyertai keluarga Grab di Negeri Sembilan.

Terima kasih kerana memastikan penumpang anda sampai ke destinasi dengan selamat. Mari kita terus memandu Negeri Sembilan ke hadapan.

Semoga minggu anda produktif, berhati-hati dan selamat memandu!


// Lokasi Pin pick up/drop off

Kami mendapati bahawa ada sesetengah rakan-pemandu yang telah menerima tempahan yang mempunyai lokasi pick up/drop off dengan paparan ‘Pin Location’. Ini berlaku kerana penumpang telah meletakkan titik yang khusus di dalam peta yang belum lagi dimasukkan ke dalam senarai point of interest (POI) kami.

Pada masa hadapan, bagi mengurangkan tempahan yang menunjukkan lokasi pin, kami akan mengemaskini senarai POI kami secara mingguan berdasarkan lokasi pin penumpang yang kami terima. Jika hal ini berlaku kepada anda, sila tekan butang navigasi dan ikut arahan peta untuk ke lokasi sebenar penumpang.

// Pengemaskinian Ciri Number Masking

Mulai 31 Mei, penumpang boleh menghubungi rakan-pemandu dalam tempoh masa 12 jam setelah trip dilengkapkan sekiranya penumpang tertinggal sesuatu di dalam kereta. Nombor yang dijana secara automatik yang diberikan semasa tempahan dibuat akan digunakan untuk panggilan tersebut bagi merahsiakan nombor pemandu dan penumpang.

// Tips untuk meningkatkan Star Rating
Ketahui bagaimana anda boleh mendapat penilaian yang lebih tinggi oleh penumpang anda di sini.

Kawasan-kawasan Sibuk: https://grb.to/gc_n9busyareas


  • 20% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk rakan-pemandu yang opt-in sebelum 16 Mac 2018
  • 25% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk semua rakan-pemandu yang tidak opt-in sebelum 16 Mac 2018 dan rakan-pemandu baru

Airport Bonus

Dapatkan RM15 apabila anda drop off penumpang ke KLIA / KLIA 2! Bonus ini adalah untuk GrabCar sahaja dan untuk sepanjang hari bagi SEMUA hari.

Bonus Referral

Memperkenalkan kawan-kawan anda menjadi pemandu GrabCar dan dapatkan RM75 referral bonus. Sekiranya anda merujuk 3 kawan atau lebih, anda akan mendapat RM100 untuk setiap rujukan yang berjaya.

  • Referral bonus akan dijamin apabila Rakan-pemandu yang dirujuk telah melaksanakan 20 perjalanan dalam 30 hari. Hanya tertakluk kepada rakan-pemandu baru di Negeri Sembilan.
  • Sebagai Rakan-pemandu yang merujuk kepada Rakan-pemandu yang baru, anda harus melakukan 15 perjalanan dalam 30 hari. Ini akan menunjukkan anda “aktif” dan juga layak untuk menerima referral bonus.

**Sila mengisi nama penuh dan Referral ID dalam borang pendaftaran  “Referral By Driver”. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada: grb.to/refer_N9


Sila rujuk di sini untuk mengenalpasti di mana kawasan-kawasan yang sibuk. Membuat pengambilan di kawasan-kawasan sibuk boleh menjanakan lebih pendapatan yang lumayan untuk anda!


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat.

// Team GrabCar MY