Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabCar (Economy) – Langkawi

| 28 Mei – 3 Jun, 2018 |

Click here for English version

Rakan-pemandu yang disayangi,

Terima kasih kerana memastikan penumpang anda sampai ke destinasi dengan selamat. Mari kita terus memandu Langkawi ke hadapan.

Semoga minggu anda produktif, berhati-hati dan selamat memandu!


// Tawaran Ekslusif Bufet Ramadhan!

Berita baik untuk semua Rakan Pemandu Grab! Kami bekerjasama dengan 3 hotel untuk memberi anda tawaran yang terbaik pada bulan Ramadan ini. Kini anda boleh nikmati buka puasa eksklusif dengan harga lebih rendah di hotel-hotel ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://grb.to/LGKrmdhbuffet

// Lokasi Pin pick up/drop off

Kami mendapati bahawa ada sesetengah rakan-pemandu yang telah menerima tempahan yang mempunyai lokasi pick up/drop off dengan paparan ‘Pin Location’. Ini berlaku kerana penumpang telah meletakkan titik yang khusus di dalam peta yang belum lagi dimasukkan ke dalam senarai point of interest (POI) kami.

Pada masa hadapan, bagi mengurangkan tempahan yang menunjukkan lokasi pin, kami akan mengemaskini senarai POI kami secara mingguan berdasarkan lokasi pin penumpang yang kami terima. Jika hal ini berlaku kepada anda, sila tekan butang navigasi dan ikut arahan peta untuk ke lokasi sebenar penumpang.

// Pengemaskinian Ciri Number Masking

Mulai 31 Mei, penumpang boleh menghubungi rakan-pemandu dalam tempoh masa 12 jam setelah trip dilengkapkan sekiranya penumpang tertinggal sesuatu di dalam kereta. Nombor yang dijana secara automatik yang diberikan semasa tempahan dibuat akan digunakan untuk panggilan tersebut bagi merahsiakan nombor pemandu dan penumpang.

Untuk Black Sand Beach Pick Up Bonus peta, tekan disini.


  • 20% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk rakan-pemandu yang opt-in sebelum 16 Mac 2018
  • 25% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk semua rakan-pemandu yang tidak opt-in sebelum 16 Mac 2018 dan rakan-pemandu baru

Lain-lain : Surcaj-surcaj

1. Surcaj RM10 di kawasan Teluk Datai

Kawasan Teluk Datai kini telah dikenakan surcaj tambang RM10 pickup/dropoff. Ini termasuk dalam tambang anda, sila jangan kutip daripada penumpang.

Untuk peta kawasan Teluk Datai, tekan di sini.

2. Surcaj Waktu Tengah Malam [Baru]

Caj tambahan RM2 akan dikenakan bagi perjalanan yang dilakukan pada waktu tengah malam (12am – 6am).


Sila rujuk di sini untuk mengenalpasti di mana kawasan-kawasan yang sibuk. Membuat pengambilan di kawasan-kawasan sibuk boleh menjanakan lebih pendapatan yang lumayan untuk anda!


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat.

// Team GrabCar MY