Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabCar (Economy) – Klang Valley & Negeri Sembilan

| 25 Disember – 31 Disember, 2017 |

Click here for English version


// New Year Pick Up dan Drop Off Bonus [SEMUA Pemandu]

Bonus DROP-OFF pada 31 Dis 2017 (8mlm – 12tgh mlm)

1) DapatkanRM15 untuk setiap drop off di Suria KLCC, Changkat dan TREC

2) Dapatkan RM5 untuk setiap drop off di Desa Park City, 1 Utama, Curve, Bangsar Baru, Desa Sri Hartamas, KL Sentral, Sunway Pyramid dan Publika

Bonus PICK-UP pada 1 Jan 2018 (12tgh mlm-2pg)

1) Dapatkan RM20 untuk setiap pick up dari Suria KLCC, Changkat, dan TREC

2) Dapatkan RM5 untuk setiap pick up dari Desa Park City, 1 Utama, Curve, Bangsar Baru, Desa Sri Hartamas, KL Sentral, Sunway Pyramid dan Publika

// Penutupan jalan untuk Perayaan Tahun Baru dan KL International New Year Run 2018.

Sila dimaklumkan bahawa akan ada beberapa jalan utama di Kuala Lumpur yang akan ditutup pada 1 Jan 2018 (Isnin).

4:30pg hingga 9pg (akan dibuka semula secara berperingkat dari

 9:30pg)

  • Jalan Raja Laut
  • Jalan Mara
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman
  • Jalan Tun Perak
  • Jalan Bukit Bintang
  • Jalan Tun Razak
  • Jalan Kia Peng
  • Jalan Perak
  • Jalan P. Ramlee
  • Jalan Ampang
  • Jalan Sultan Ismail
  • Jalan Kuching
  • Bulatan Segambut
  • Jalan Langgak Tunku
  • Jalan Tun Ismail
  • Jalan Kinabalu
  • Bulatan Hishammuddin
  • Jalan Lebuh Pasar
  • Jalan Yap Ah Loy

5pg hingga 9:30pg (akan dibuka semula secara berperingkat dari

 9:40pg)

  • Terowong Bukit Aman/Dataran Merdeka
  • Jalan Tun Perak/Jalan Pudu
  • Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang
  • Jalan Ampang/Jalan Yap Kwan Seng
  • Jalan Raja Laut/Jalan Dang Wangi
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Sri Amar
  • Jalan Damansara/ke Mahameru
  • Jalan Duta/Jalan Langgak Tunku
  • Jalan Tun Razak/ke Jalan Kuching
  • Jalan Kuching/ke Jalan Tun Razak
  • Jalan Tun Ismail/ke Jalan Kuching
  • Jalan Maharajalela/Chinese Assembly Hall
  • Jalan Syed Putra/ke Jalan Kuching
  • Mahameru Highway/keJalan Parlimen
  • Jalan Mahameru/ke Jalan Parlimen
  • Jalan Duta/ke Jalan Parlimen

// Untuk Hourly Guarantees

Sempena Hari Natal and Tahun Baru, kami telah meningkatkan hourly guarantees anda bagi minggu ini. Seperti yang dijanjikan, semua blok Peak telah ditingkatkan sebanyak RM1 secara kekal. Sila membiasakan diri anda dengan jadual-jadual di bawah supaya anda boleh melebihkan pendapatan anda!

Berita baik, kami telah menambahkan satu hari dalam minggu insentif anda – tempoh bagi mereka yang opt-in untuk insentif Hourly Guarantees minggu ini adalah dari 25 Dis 2017 hingga 1 Jan 2018.

// Untuk Flexi

Oleh kerana musim perayaan sudah tiba, sila perhatikan aplikasi pemandu anda untuk bonus besar pada minggu ini! Tempoh bagi mereka yang opt-in untuk insentif Flexi minggu ini adalah dari 25 Dis 2017 hingga 1 Jan 2018.

// Special Pick Up Bonus [Untuk Flexi SAHAJA]

Dapatkan RM5 untuk setiap perjalanan apabila anda pick up penumpang dari 9mlm – 11mlm pada 25 Dis (Isnin) daripada pusat membeli-belah yang disenaraikan dibawah:

  • KL SOGO
  • 1 Utama
  • 1 Mont Kiara
  • Bangsar Village
  • Bangsar Shopping Center
  • IKEA Cheras
  • IKEA Damansara
  • KLCC
  • Midvalley / Gardens
  • Nu Sentral
  • Pavillion
  • Paradigm mall
  • Publika
  • The Curve
  • Sunway Pyramid

// Penangguhan top up insentif

Sila dimaklumkan bahawa insentif anda akan di top up pada hari Khamis (28 Disember) oleh kerana hari Isnin (25 Disember) adalah cuti umum. Terima kasih kerana memahami.

// Peringatan: Ciri Number Masking

Untuk menambahbaik lagi aspek keselamatan, kami telah mencipta ciri number masking. Ciri ini akan memberikan pemandu dan penumpang nombor telefon yang dijana secara automatik untuk merahsiakan identiti kedua belah parti dan juga membolehkan anda membuat panggilan kepada penumpang antarabangsa dengan pelan telefon tempatan!

Nota PENTING: anda diingatkan untuk mengemaskini nombor telefon anda agar anda dapat menggunakan ciri ini. Untuk maklumat lanjut, sila tekan di sini.

// KLIA Queue

Harap maklum bahawa giliran anda kini akan dimaklumkan melalui SMS:

  • Bagi nombor giliran 200 dan ke bawah, pemandu akan menerima SMS setiap kali gerak 10 posisi ke depan. Cth: 191 – 200, 181 – 190…1-10
  • Bagi nombor giliran 200-500, pemandu akan menerima SMS setiap kali gerak 50 posisi ke depan. Cth: 451 – 500, 401 – 500…201-250
  • Bagi nombor giliran 500 dan ke atas, pemandu akan menerima SMS setiap kali gerak 100 posisi ke depan. Cth: 701-800, 601-700, 501-600

2. Baki minima credit wallet

Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam Credit Wallet anda untuk menerima tempahan KLIA. Jumlah minima yang diperlukan berbeza mengikut kadar komisen anda.

  • Contoh 1: Jika anda membayar komisen 20%, anda perlukan baki minima sebanyak RM100 X 20% = RM20 untuk menerima tempahan yang mempunyai tambang RM100 dan ke bawah.
  • Contoh 2: Jika anda membayar komisen 25%, anda perlukan baki minima sebanyak RM65 X 25% = RM16.25 untuk menerima tempahan yang mempunyai tambang RM65 dan ke bawah.

Untuk maklumat lanjut, tekan sini.


Jenis Insentif : Hourly Guarantees

Untuk Grab Ambassadors:

  • 20% komisen perlu dibayar kepada Grab
  • Faedah : Hourly guarantees tertinggi, ganjaran Program GrabAllStars terbaik, keutamaan untuk pendapatan tambahan (contoh : car wraps)

Syarat-syarat Insentif [DIKEMASKINI]

  • Mesti memadamkan semua aplikasi ride-hailing yang lain
  • [BARU] minima DR harian 4.7 star rating (purata rating 100 trips terakhir) 
  • Minima AR harian > 80%.
  • Tiada syarat CR harian : Kami percaya pemandu Grab akan membatalkan dalam had yang munasabah. Sebagai peraturan umum, HANYA membatalkan tempahan sekiranya penumpang tidak hadir dan / atau jika anda telah menunggu terlalu lama *. Tindakan akan diambil terhadap pemandu yang didapati membatalkan / meminta penumpang untuk membatalkan secara berlebihan dan tanpa alasan yang sah dalam minggu tersebut.

* 5 minit untuk semua perkhidmatan Grab kecuali GrabShare dan Multi-Stop Rides, yang mempunyai masa tunggu maksimum 3 minit.

*Grab berhak mengkaji dan meminda syarat-syarat ini pada minggu-minggu hadapan.

Untuk Grab Associates:

  • 25% komisen perlu dibayar kepada Grab
  • Faedah : Menerima hourly guarantees, ganjaran GrabAllStars terhad

Syarat-syarat Insentif [DIKEMASKINI]

  • [BARU] minima DR harian 4.7 star rating (purata rating 100 trips terakhir) 
  • Minima AR harian > 80%.

Contoh untuk semua Hourly Guarantees:

Untuk melihat  AR & DR harian anda, anda perlu pergi ke seksyen insentif dalam aplikasi pemandu. Mingguan AR/CR/DR anda masih akan ditunjukkan pada homescreen aplikasi pemandu.


Jenis Insentif : Flexi Bonuses

Anda mempunyai flexibiliti untuk memandu pada masa anda sendiri, sambil mengekalkan syarat-syarat yang diperlukan oleh Grab.

Untuk Grab Ambassadors:

  • 20% komisen perlu dibayar kepada Grab
  • Faedah:

  • Sila semak bahagian insentif dalam aplikasi secara kerap untuk sebarang bonus perjalanan masa depan (contoh: weekend cashback commission).
  • Sila ambil perhatian, kami juga akan meletakkan syarat-syarat AR yang lebih tinggi untuk bonus khas, yang anda boleh melihat melalui insentif didalam aplikasi.

Syarat-syarat Insentif

  • Mesti memadamkan semua aplikasi ride-hailing yang lain.
  • Minima DR mingguan 4.7 star rating
  • Syarat-syarat insentif mungkin berbeza dan bergantung kepada skim yang berbeza.

Untuk Grab Associates:

  • 25% komisen perlu dibayar kepada Grab
  • Faedah:

  • Sila semak bahagian insentif dalam aplikasi secara kerap untuk sebarang bonus perjalanan masa depan (contoh: bonus festival atau special weekend bonus).
  • Sila ambil perhatian, kami juga akan meletakkan syarat-syarat AR yang lebih tinggi untuk bonus khas, yang anda boleh melihat melalui insentif didalam aplikasi.

Syarat-syarat Insentif

  • Minima DR mingguan 4.7 star rating
  • Syarat-syarat insentif mungkin berbeza dan bergantung kepada skim yang berbeza.

Contoh untuk semua Flexi Bonuses:

Untuk melihat AR & DR mingguan anda, anda perlu pergi ke seksyen homescreen dalam aplikasi pemandu.


Jika anda ingin tukar kepada program lain, pilihlah di bawah jenis program dan insentif untuk minggu depan (contoh : Sekiranya anda ingin menikmati 20% komisen, anda boleh opt-in untuk menjadi Grab Ambassador).

Sekiranya anda berpuas hati dengan program semasa anda, anda tidak perlu memilih lagi.

Borong opt-in akan ditutup setiap hari Rabu, 11:59mlm. Untuk minggu ini sahaja, jika anda opt-in kepada program lain, ia hanya akan bermula pada 2 Jan 2018.

 Opt in now button.png

*Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan dengan program dan jenis insentif yang telah dikemas kinikan, sila tekan sini. 


Lain-lain : GrabShare, Airport Bonus, Surcaj Waktu Tengah Malam

1. [DIKEMAS KINI] GrabShare Bonus

  • HANYA Flexi
  • Dapatkan RM50 top up apabila anda melengkapkan 8 GrabShare rides setiap minggu. (matched dan unmatched rides).
  • Syarat : Minima AR >50% dan DR 4.7 dan keatas.
  • GrabShare rides masih akan menyumbang kepada mana-mana insentif ad-hoc yang mungkin anda terima sepanjang minggu.
  • Untuk ketahui bagaimana anda boleh meningkatkan pendapatan anda dengan GrabShare sila tekan di sini! Untuk soalan lazim tentang GrabShare sila lawat laman GrabShare FAQ kami.

2. Airport Bonus!

Dapatkan lebih top up apabila anda pick up atau drop off penumpang ke atau dari KLIA / KLIA 2! Sila rujuk kepada bahagian insentif dalam aplikasi untuk liputan kawasan pada peta. Bonus ini adalah untuk GrabCar sahaja dan adalah sama bagi SEMUA hari dalam seminggu:

Kawasan yang berwarna hijau dalam peta di bawah menunjukkan liputan kawasan mengikut jarak. Sila rujuk kepada bahagian insentif dalam aplikasi untuk imej yang lebih tepat.

Imej 1 contoh: Bandar Utama, Bukit Bintang, Taman Desa

Imej 1: Kawasan 50-60km

Imej 2: Kawasan 60-70km

Imej 3: Kawasan lebih daripada 70km

Tambang ke Rawang dan Kuala Selangor akan dikira mengikut kadar setiap KM seperti tambang biasa. Kami juga telah mengemas kinikan liputan kawasan untuk bonus KLIA RM20.

3. Penambahan Surcaj Waktu Tengah Malam

Caj tambahan RM1 akan dikenakan bagi perjalanan yang dilakukan pada waktu tengah malam (12am – 6am).

*Caj tambahan RM1 tidak tertakluk jika tambang tempahan anda adalah kurang daripada jaminan tambang minima.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat. 

// Team GrabCar MY