Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabCar (Economy) – Klang Valley

| 30 April – 6 Mei, 2018 |

Click here for English version


// Pengemaskinian KLIA Queue

1. Penambahbaikkan – Notifikasi luar GPS
Anda akan menerima notifikasi setiap kali kami mengesan bahawa GPS anda telah berpindah keluar dari kawasan menunggu KLIA. Sekiranya anda menerima mesej ini, kami mencadangkan yang berikut:

  • Pandu sekitar kawasan menunggu untuk menyegarkan semula GPS anda
  • Hidupkan / matikan perkhidmatan lokasi anda dalam masa 5 minit

2. Disiplin
Pembatalan penumpang: Ingatlah untuk HANYA menerima tempahan KLIA apabila anda sudah bersedia untuk melengkapkan tempahan. Tolong jangan tanya penumpang untuk membatalkan tempahan tanpa sebab-sebab yang sah. Pembatalan penumpang yang tinggi di KLIA akan disiasat dan boleh membawa kepada tindakan disiplin. Sentiasa bersedia untuk menerima tempahan apabila giliran anda berada di bawah 200 untuk GrabCar.

3. Baki Kredit Wallet

Sila pastikan anda mempunyai baki credit wallet yang mencukupi untuk menerima tempahan di KLIA. Menyimpan baki credit wallet yang rendah dengan sengaja akan disiasat dan boleh membawa kepada tindakan disiplin.

// Ciri Completion Bonus

Memperkenalkan ciri Completion Bonus, ciri yang memberi ganjaran kepada anda dengan serta-merta, HANYA untuk tempahan yang dilengkapkan pada lokasi dan masa tertentu. Apabila anda melihat Completion Bonus dalam kad tempahan anda, Grab akan membayar jumlah tambahan ke dalam cash wallet anda sebaik sahaja perjalanan tersebut berakhir!

***Ciri Completion Bonus mungkin akan digunakan kepada bonus yang lain pada masa akan datang.

NOTA PENTING:

1. Completion Bonus hanya akan dipaparkan pada job card & job history anda. Anda tidak akan dapat melihat Spot Bonus di bahagian insentif dalam app.

2. Rakan-pemandu diingatkan untuk tidak mengutip jumlah bonus daripada penumpang kerana bonus akan dimasukkan ke dalam cash wallet anda selepas tempahan dilengkapkan.

3. Sila memuat turun versi aplikasi terkini untuk menikmati ciri baru ini.

// Ciri Auto Accept

Ciri Auto Accept membantu anda menerima tempahan yang masuk secara automatik agar anda dapat menumpukan perhatian sepenuhnya di jalan raya tanpa bimbang keselamatan anda atau terlepas tempahan lagi.

Hanya aktifkan ciri Auto Accept di tetapan aplikasi pemandu Grab (Android) atau laman profil pemandu (iOS) anda untuk mula menerima tempahan secara automatik. Terpulang kepada anda untuk mengaktifkan atau mematikan ciri ini pada bila-bila masa. Tekan disini untuk maklumat lanjut!

// Negeri Sembilan adalah bandar tersendiri!
Mulai 23 April 2018, kini Negeri Sembilan telah menjadi sebuah bandar tersendiri. Tekan di sini untuk melihat blog insentif baru Negeri Sembilan. Selain daripada ini, anda tidak akan lagi melihat Jenis Teksi N9 atau Jenis Teksi N9 6-seater dalam aplikasi pemandu.


  • 20% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk rakan-pemandu yang opt-in sebelum 16 Mac 2018
  • 25% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk semua rakan-pemandu yang tidak opt-in sebelum 16 Mac 2018 dan rakan-pemandu baru

*Sila sentiasa berada dalam keadaan online dan aktif sepanjang blok jam (60 minit setiap blok) untuk mendapatkan jaminan kasar sepenuhnya.

**Jadual di atas adalah sebelum dikenakan pemotongon komisen

Syarat-syarat Insentif

  • [BARU] minima DR harian 4.7 star rating (purata rating 100 trips terakhir) 
  • Minima AR harian > 80%.
  • Tiada syarat CR harian

Contoh untuk semua Hourly Guarantees:

Untuk melihat  AR & DR harian anda, anda perlu pergi ke seksyen insentif dalam aplikasi pemandu. Mingguan AR/CR/DR anda masih akan ditunjukkan pada homescreen aplikasi pemandu.


Anda mempunyai flexibiliti untuk memandu pada masa anda sendiri, sambil mengekalkan syarat-syarat yang diperlukan oleh Grab.

  • 20% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk rakan-pemandu yang opt-in sebelum 16 Mac 2018
  • 25% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk semua rakan-pemandu yang tidak opt-in sebelum 16 Mac 2018 dan rakan-pemandu baru
  • Faedah:

  • Sila semak bahagian insentif dalam aplikasi secara kerap untuk sebarang bonus perjalanan masa depan (contoh: weekend cashback commission, festive bonuses).
  • Sila ambil perhatian, kami juga akan meletakkan syarat-syarat AR yang lebih tinggi untuk bonus khas, yang anda boleh melihat melalui insentif didalam aplikasi.

Syarat-syarat Insentif

  • Minima DR mingguan 4.7 star rating
  • Syarat AR mungkin berbeza dan bergantung kepada skema yang berbeza.

Untuk melihat AR & DR mingguan anda, sila rujuk skema yang bertajuk ‘FOR REFERENCE ONLY: Weekly Minimum AR’.


Jika anda ingin tukar kepada jenis insentif lain (hourly guarantee atau flexi bonus), pilihlah di bawah jenis insentif untuk minggu depan. Sekiranya anda berpuas hati dengan jenis insentif semasa anda, anda tidak perlu memilih lagi.

Opt in now button.png

Borong opt-in akan ditutup setiap hari Rabu, 11:59mlm.  


Lain-lain : GrabShare, Airport Bonus, Surcaj Waktu Tengah Malam

1. GrabShare Bonus

  • HANYA Flexi
  • Dapatkan bonus berikut apabila anda melengkapkan trip GrabShare setiap minggu (matched dan unmatched trip):

Lengkapkan 5 trip GrabShare untuk RM20

Lengkapkan 10 trip GrabShare untuk RM40

Lengkapkan 15 trip GrabShare untuk RM60

  • Syarat : Minima AR >50% dan DR 4.7 dan keatas.
  • Trip GrabShare masih akan menyumbang kepada mana-mana insentif ad-hoc yang mungkin anda terima sepanjang minggu.
  • Untuk ketahui bagaimana anda boleh meningkatkan pendapatan anda dengan GrabShare sila tekan di sini! Untuk soalan lazim tentang GrabShare sila lawat laman GrabShare FAQ kami.

2. Airport Bonus!

Dapatkan lebih top up apabila anda pick up atau drop off penumpang ke atau dari KLIA / KLIA 2! Sila rujuk kepada bahagian insentif dalam aplikasi untuk liputan kawasan pada peta. Bonus ini adalah untuk GrabCar sahaja dan adalah sama bagi SEMUA hari dalam seminggu:

Kawasan yang berwarna hijau dalam peta di bawah menunjukkan liputan kawasan mengikut jarak. Sila rujuk kepada bahagian insentif dalam aplikasi untuk imej yang lebih tepat.

Imej 1: Kawasan 1

Imej 2: Kawasan 2

Tambang ke Rawang dan Kuala Selangor akan dikira mengikut kadar setiap KM seperti tambang biasa.

3. Penambahan Surcaj Waktu Tengah Malam

Caj tambahan RM1 akan dikenakan bagi perjalanan yang dilakukan pada waktu tengah malam (12am – 6am).

*Caj tambahan RM1 tidak tertakluk jika tambang tempahan anda adalah kurang daripada jaminan tambang minima.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat. 

// Team GrabCar MY