Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabCar (Economy) – Ipoh

| 4 Jun – 10 Jun, 2018 |

Click here for English version

Rakan-pemandu yang disayangi,

Terima kasih kerana memastikan penumpang anda sampai ke destinasi dengan selamat. Mari kita terus memandu Ipoh kehadapan.

Semoga minggu anda produktif, berhati-hati dan selamat memandu!


// Ciri Same Day Cash Out

Kami dengan sukacita ingin mengumumkan pelancaran ciri ini kepada semua rakan-pemandu di seluruh negara! Sila dimaklumkan bahawa anda perlu mempunyai akaun bank tempatan yang juga terikat dengan nombor kad pengenalan baru anda untuk menggunakan ciri ini. Jika anda perlu mengemaskini butiran anda, tekan sini.

Jadual cash out adalah seperti berikut:

// Tawaran Ekslusif Ramadhan!

Berita baik untuk semua Rakan Pemandu Grab! Kami bekerjasama dengan 3 restoran untuk memberi anda tawaran yang terbaik pada bulan Ramadan ini. Kini anda boleh nikmati buka puasa eksklusif dengan harga lebih rendah di restoran-restoran ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://grb.to/IPHrmdhoffer

// Lokasi Pin pick up/drop off

Kami mendapati bahawa ada sesetengah rakan-pemandu yang telah menerima tempahan yang mempunyai lokasi pick up/drop off dengan paparan ‘Pin Location’. Ini berlaku kerana penumpang telah meletakkan titik yang khusus di dalam peta yang belum lagi dimasukkan ke dalam senarai point of interest (POI) kami.

Pada masa hadapan, bagi mengurangkan tempahan yang menunjukkan lokasi pin, kami akan mengemaskini senarai POI kami secara mingguan berdasarkan lokasi pin penumpang yang kami terima. Jika hal ini berlaku kepada anda, sila tekan butang navigasi dan ikut arahan peta untuk ke lokasi sebenar penumpang.

// Pengemaskinian Ciri Number Masking

Mulai 31 Mei, penumpang boleh menghubungi rakan-pemandu dalam tempoh masa 12 jam setelah trip dilengkapkan sekiranya penumpang tertinggal sesuatu di dalam kereta. Nombor yang dijana secara automatik yang diberikan semasa tempahan dibuat akan digunakan untuk panggilan tersebut bagi merahsiakan nombor pemandu dan penumpang.

Untuk peta Marina Island, Lumut, Seri Manjung and North Sitiawan Bonus, tekan disini.

Untuk peta Ramadan Bonus, tekan disini.

Kawasan-kawasan Sibuk: http://grb.to/gc_ipohbusyareas


  • 20% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk rakan-pemandu yang opt-in sebelum 16 Mac 2018
  • 25% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk semua rakan-pemandu yang tidak opt-in sebelum 16 Mac 2018 dan rakan-pemandu baru

Bonus Referral

Memperkenalkan kawan-kawan anda menjadi pemandu GrabCar dan dapatkan  RM25 referral bonus.

  • Referral bonus akan dijamin apabila Rakan-pemandu yang dirujuk telah melaksanakan 15 perjalanan dalam 30 hari.
  • Sebagai Rakan-pemandu yang merujuk kepada Rakan-pemandu yang baru, anda harus melakukan minimum 5 perjalanan seminggu (20 perjalanan sebulan). Ini akan menunjukkan anda “aktif” dan juga layak untuk menerima referral bonus.

**Sila mengisi nama penuh dan Referral ID dalam borang pendaftaran  “Referral By Driver”. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada: grb.to/refer_IPH


Sila rujuk di sini untuk mengenalpasti di mana kawasan-kawasan yang sibuk. Membuat pengambilan di kawasan-kawasan sibuk boleh menjanakan lebih pendapatan yang lumayan untuk anda!


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat.

// Team GrabCar MY