Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabCar (Economy) – Ipoh

| 9 April – 15 April, 2018 |

Click here for English version

Rakan-pemandu yang disayangi,

Terima kasih kerana memastikan penumpang anda sampai ke destinasi dengan selamat. Mari kita terus memandu Ipoh kehadapan.

Semoga minggu anda produktif, berhati-hati dan selamat memandu!


// Grab berada di 4 kawasan baru!
Sila ambil perhatian bahawa Grab kini berada di 4 kawasan baru – Lumut, Seri Manjung, Pulau Marina dan Utara Sitiawan.

// Peringatan: syarat AR / CR / DR

Sila dimaklumkan, untuk kekal di platform Grab:

  • AR minima adalah 30% 
  • DR minima adalah 4.5 
  • Tiada CR maxima tetapi untuk layak mendapat insentif, CR anda tidak boleh melebihi 15%.

(Kami percaya pemandu Grab akan membatalkan dalam had yang munasabah. Sebagai peraturan umum, HANYA membatalkan tempahan sekiranya penumpang tidak hadir dan / atau jika anda telah menunggu terlalu lama*. Tindakan akan diambil terhadap pemandu yang didapati membatalkan / meminta penumpang untuk membatalkan secara berlebihan dan tanpa alasan yang sah dalam minggu tersebut.)

Untuk melihat AR / CR / DR mingguan anda berbanding dengan syarat minima, dan untuk mengetahui syarat kelayakan insentif anda, sila rujuk kepada skema insentif di bahagian insentif dalam aplikasi pemandu.

// Tips untuk meningkatkan Star Rating
Ketahui bagaimana anda boleh mendapat penilaian yang lebih tinggi oleh penumpang anda di sini.

Untuk peta Pick Up Bonus, tekan disini.

Kawasan-kawasan Sibuk: http://grb.to/gc_ipohbusyareas


  • 20% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk rakan-pemandu yang opt-in sebelum 16 Mac 2018
  • 25% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk semua rakan-pemandu yang tidak opt-in sebelum 16 Mac 2018 dan rakan-pemandu baru

Bonus Referral

Kini setelah mengabungkan operasi, kami memerlukan lebih banyak lagi rakan-pemandu untuk memenuhi tempahan. Oleh itu, rujuklah rakan anda hari ini! (Mulai 26 Mac 2018, bonus referral tidak akan termasuk mana-mana referral untuk pemandu Uber. Sila rujuk di sini untuk maklumat lanjut.)

Memperkenalkan kawan-kawan anda menjadi pemandu GrabCar dan dapatkan  RM25 referral bonus. Sila mengisi nama penuh dan Referral ID dalam borang pendaftaran  “Referral By Driver”. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada: grb.to/refer_IPH

Sila maklum:

  • Referral bonus akan dijamin apabila Rakan-pemandu yang dirujuk telah melaksanakan 15 perjalanan dalam 30 hari.
  • Sebagai Rakan-pemandu yang merujuk kepada Rakan-pemandu yang baru, anda harus melakukan minimum 5 perjalanan seminggu (20 perjalanan sebulan). Ini akan menunjukkan anda “aktif” dan juga layak untuk menerima referral bonus.

Sila rujuk di sini untuk mengenalpasti di mana kawasan-kawasan yang sibuk. Membuat pengambilan di kawasan-kawasan sibuk boleh menjanakan lebih pendapatan yang lumayan untuk anda!


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat.

// Team GrabCar MY