Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabCar (Economy) – Alor Setar

| 28 Mei – 3 Jun, 2018 |

Click for the English version

Rakan-pemandu yang disayangi,

Terima kasih kerana memastikan penumpang anda sampai ke destinasi dengan selamat. Mari kita terus memandu Alor Setar kehadapan.

Semoga minggu anda produktif, berhati-hati dan selamat memandu!


// Lokasi Pin pick up/drop off

Kami mendapati bahawa ada sesetengah rakan-pemandu yang telah menerima tempahan yang mempunyai lokasi pick up/drop off dengan paparan ‘Pin Location’. Ini berlaku kerana penumpang telah meletakkan titik yang khusus di dalam peta yang belum lagi dimasukkan ke dalam senarai point of interest (POI) kami.

Pada masa hadapan, bagi mengurangkan tempahan yang menunjukkan lokasi pin, kami akan mengemaskini senarai POI kami secara mingguan berdasarkan lokasi pin penumpang yang kami terima. Jika hal ini berlaku kepada anda, sila tekan butang navigasi dan ikut arahan peta untuk ke lokasi sebenar penumpang.

// Pengemaskinian Ciri Number Masking

Mulai 31 Mei, penumpang boleh menghubungi rakan-pemandu dalam tempoh masa 12 jam setelah trip dilengkapkan sekiranya penumpang tertinggal sesuatu di dalam kereta. Nombor yang dijana secara automatik yang diberikan semasa tempahan dibuat akan digunakan untuk panggilan tersebut bagi merahsiakan nombor pemandu dan penumpang.

**Sila dimaklumkan bahawa semua Trip Target Bonus adalah tertakluk kepada seluruh Alor Setar.

Kawasan-kawasan Sibuk : http://grb.to/gc_aorbusyareas


  • 20% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk rakan-pemandu yang opt-in sebelum 16 Mac 2018
  • 25% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk semua rakan-pemandu yang tidak opt-in sebelum 16 Mac 2018 dan rakan-pemandu baru

Bonus Referral

Untuk SEMUA pemandu! Rujuk rakan anda untuk menjadi pemandu GrabCar dan anda berpeluang mendapatkan RM50 bonus tambahan.

  1. Referral bonus hanya sah jika Rakan-pemandu baru menyelesaikan 20 perjalanan dalam 30 hari. Hanya untuk pemandu baru yang dirujuk di sekitar Alor Setar.
  2. Sebagai Rakan-pemandu yang merujuk Rakan-pemandu baru, anda perlu mengekalkan minimum 5 perjalanan seminggu (20 perjalanan setiap bulan) untuk dikelaskan sebagai ‘aktif’ dan layak untuk referral bonus.

Untuk meningkatkan pendapatan anda, ambillah penumpang di kawasan yang sibuk pada waktu sibuk. Kawasan yang sibuk mempunyai ramai penumpang yang memerlukan bantuan anda. Untuk maklumat lanjut tentang kawasan-kawasan yang sibuk, sila layari disini.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat.

// Team GrabCar MY