Menu Driver Sign-Up

Program Grab Mesra Fuel Savers

Click here for English version

Harga petrol menaik lagi? Grab x PETRONAS disini untuk membantu!

Dengan kenaikan harga petrol baru-baru ini, Grab dan PETRONAS telah bekerjasama untuk membantu mengurangkan kos pemanduan Grabbers. Melalui GrabAllStars, anda bakal menikmati rebat petrol TERBAIK. 

Struktur Rebat:

Memenuhi perbelanjaan bulanan minimum berikut untuk menerima mata yang dikreditkan ke Kad Mesra anda pada 15hb bulan berikutnya.

 

Rebat apabila belanja RM300 dalam sebulan:

Rebat apabila belanja RM600 dalam sebulan:

 

Tempoh kempen: 1 Disember 2017 hingga 28 Februari 2018

Semua Pemandu Grab yang status Gold dan Platinum dalam program GrabAllStars layak untuk menyertai program ini.

Anda perlu mengekalkan status Gold atau Platinum selama tempoh ini untuk mengekalkan kelayakan anda untuk program ini.

 

Langkah-langkah Opt-In

1. Log masuk ke akaun GrabAllStars anda

2. Klik ‘Redemption’

3. Klik voucher ‘Grab Mesra Fuel Savers Programme’ 

4. Klik ‘Opt in’

5. Masukkan nombor Kad Mesra anda (Anda boleh mendaftar dengan Kad Mesra biasa ataupun Kad Grab Mesra 5x)

6. Klik ‘Submit’

7. Lihat Status Pengaktifan anda dalam halaman “My Profile”

Opt in sebelum 31 Januari 2018, untuk menyertai tempoh perbelanjaan 1hb hingga 28hb Februari 2018!

 

FAQ

Q: Apakah yang perlu saya lakukan bagi melayakkan diri untuk menyertai Program Grab Mesra Fuel Savers?

A: Semua Pemandu Grab yang berstatus Gold dan Platinum dalam program GrabAllStars layak untuk menyertai program ini bagi menuntut mata rebat. Di samping itu, Grabbers perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM 300 untuk menuntut 1,000 mata rebat ataupun RM 600 untuk menuntut 2,200 mata rebat dalam tempoh satu bulan.

 

Q: Saya tidak mempunyai Kad Mesra. Di mana saya boleh mendapatkan Kad Mesra?

Lawati mana-mana stesen PETRONAS untuk mendaftar Kad Mesra biasa.

Kad Grab Mesra 5x TIDAK terdapat di stesen PETRONAS.

Q: Bagaimanakah saya dapat mengutip mata Program Grab Mesra Savers menggunakan kad?

A: Grabbers perlu memastikan Kad Mesra biasa / Kad Grab Mesra 5x dileret sebelum membeli minyak. Ini boleh dilakukan sama ada di kaunter bayaran atau di terminal kad kredit.

 

Q: Adakah program ini mempunyai apa-apa sekatan terhadap jenis petrol atau barangan am yang boleh dibeli?

A: Tidak, semua pembelian seperti petrol dan barangan am tertakluk dalam program ini kecuali top ups.

 

Q: Bolehkah saya menggunakan mata rebat untuk membeli barangan lain di stesen atau saya boleh membeli minyak sahaja?

A: Grabbers boleh menggunakan mata rebat Mesra untuk membeli apa-apa barangan dan minyak di stesen PETRONAS kecuali top ups.

 

Q: Apakah yang akan terjadi jika saya terlupa meleretkan kad semasa pembelian? Bolehkah mata tersebut masih boleh ditambah kemudian?

A: Mata rebat hanya akan dikreditkan kepada Grabbers yang meleretkan kad semasa pembelian.

 

Q: Bilakah mata rebat akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Mesra saya?

A: Mata rebat akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Mesra anda pada 15hb setiap bulan.

Contohnya, jika anda berbelanja RM 600 atau lebih dalam bulan Disember 2017, anda akan menerima 2,200 mata rebat yang akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Mesra anda pada 15hb Januari 2018.

 

Q: Jika saya opt-in pada 10hb Januari, bilakah tempoh perbelanjaan saya akan bermula?

A: Tempoh perbelanjaan anda akan bermula pada 1hb Februari sehingga akhir bulan. Jika anda opt-in pada 7hb bulan atau sebelumnya, tempoh perbelanjaan anda adalah dalam bulan tersebut. Namun, jika anda opt-in selepas 7hb bulan tersebut, tempoh perbelanjaan hanya akan bermula pada bulan kemudian.

 Q: Jika saya baru mendapat Kad Grab Mesra 5x, apakah yang akan terjadi kepada kad Mesra lama dan mata rebat yang telah saya kumpul dalamnya?

A: Grabbers boleh menelefon Pusat Panggilan PETRONAS Mesra Link, 1300 22 8888, untuk menggantikan Kad Mesra lama kepada Kad Grab Mesra 5x baharu (Segala mata rebat akan dipindahkan kepada Kad Grab Mesra 5x baharu manakala kad Mesra lama akan dinyahaktifkan).

Sementara itu, kami akan mendaftarkan kad 5x Grab Mesra baru anda untuk program Fuel Savers dan menggabungkan perbelanjaan untuk kedua-dua kad.

 

Q: Saya ialah Grabber tetapi saya belum menerima Kad Mesra. Di manakah saya boleh dapatkannya?

A: Grabbers boleh mendaftar untuk mendapatkan kad Mesra di mana-mana stesen PETRONAS.

 

Q: Bagaimanakah saya boleh menerima Kad Grab Mesra 5x yang ekslusif?

A: Kad Grab Mesra 5x adalah satu kad eksklusif terhad yang hanya diagihkan kepada Grabber berprestasi tinggi terbaik – Grabbers terpilih yang telah melengkapi lebih daripada 150 perjalanan dalam sebulan untuk 3 bulan berturut-turut.

 

Nota: Program Grab Mesra Fuel Savers tidak memberikan 5x mata.
Hanya Grabber yang mempunyai Kad Grab Mesra 5x akan menerima 5x mata.

 

Tekan sini untuk Terma & Syarat.