Bersedia untuk segala kemungkinan

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri kini lebih bermanfaat dengan PenjanaGig!

Pada tahun 2018, Kementerian Sumber Manusia telah mewajibkan semua pemandu e-hailing untuk mendaftar dan mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang juga dikenali sebagai SOCSO. Untuk rakan-penghantar yang menggunakan motosikal, program ini tidak diwajibkan kepada anda tetapi anda digalakkan untuk mendaftar dan mencarum di bawah PERKESO untuk memastikan anda sentiasa dilindungi semasa membuat penghantaran.

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

Skim ini telah direka khas untuk manfaat anda dan jumlah caruman bermula daripada RM13.10 sebulan atau RM157.20 setahun.

Dengan skim ini, anda dan keluarga anda akan mendapatkan pelindungan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan yang akan dibayar sehinggalah anda berupaya untuk memandu semula (sekiranya anda terlibat dalam sebarang kemalangan). Tekan sini untuk info lanjut tentang skim ini.

SPS Lindung

Mulai 23 Disember 2020, Kerajaan telah melancarkan SPS Lindung, pakej penambahbaikan ke atas inisiatif PenjanaGig oleh PERKESO yang ditawarkan khas untuk rakan-penghantar motosikal SAHAJA. Dengan pakej ini, caruman bagi SKSPS Pelan 2 akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan untuk setahun sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai SPS Lindung, sila tekan sini.

Bagaimana Program Ini Berfungsi?

Untuk makluman, anda akan didaftarkan dengan pakej SPS Lindung secara automatik mulai 1 Julai 2021. Sekiranya anda tidak berminat atau tidak mahu maklumat peribadi anda dikongsikan bersama PERKESO, sila tekan pautan ini* untuk memaklumkan kami sebelum 30 Jun 2021.

*Pautan ini hanya berfungsi di telefon pintar sahaja.

Pada 5 Jun 2020, kerajaan telah mengumumkan bahawa keselamatan sosial pekerja ekonomi gig akan dipertingkatkan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Dengan Program PenjanaGig, kerajaan akan mencarum sebanyak 70% setiap tahun dari jumlah keseluruhan sumbangan bagi Pelan 2 Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Tekan sini untuk maklumat lanjut mengenai program PenjanaGig. Program ini akan ditamatkan pada 31 Disember 2021.


Soalan Lazim

1. Adakah saya perlu membuat caruman kepada PERKESO?

Untuk rakan-penghantar, anda TIDAK diwajibkan tetapi anda digalakkan untuk mendaftar dan mencarum kepada PERKESO. 

2. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya belum lagi mendaftar dengan PERKESO?

Anda akan didaftarkan dengan PERKESO di bawah pakej SPS Lindung secara automatik. Sekiranya anda tidak berminat dan tidak mahu maklumat peribadi anda dikongsikan bersama PERKESO, sila tekan pautan ini*.

*Pautan ini hanya berfungsi di telefon pintar sahaja.

3. Sebagai rakan-penghantar motosikal yang telah mendaftar dan mencarum untuk Program PenjanaGig, bagaimana saya tahu sekiranya saya layak mendapat percuma selama satu tahun?

Jika anda layak, anda akan dimaklumkan oleh PERKESO.

4. Adakah pakej SPS Lindung ini kekal sah sekiranya saya berubah ke sektor ekonomi gig yang lain seperti pengangkutan (contoh: GrabCar)

Tidak. Anda perlu mendaftar serta membayar caruman untuk sektor ekonomi gig tersebut secara berasingan.

5. Bolehkah caruman ini dipindah milik sekiranya saya tidak lagi terlibat dalam sektor ekonomi gig?

Tidak. Caruman ini tidak boleh dipindah milik.

6. Apakah akan berlaku selepas perlindungan percuma untuk setahun di bawah SPS Lindung telah tamat?

Pihak PERKESO akan menghantar notifikasi apabila perlindungan percuma telah tamat dan anda akan diminta memulakan pembayaran untuk caruman di bawah Pelan 2. Jika anda tidak berminat untuk menyambung semula perlindungan, sila lawati pejabat PERKESO terdekat.

7. Bagaimana caranya untuk mencarum seperti biasa setelah tempoh caruman percuma di bawah pakej SPS Lindung tamat?

Anda perlu membayar caruman di mana-mana pejabat PERKESO berhampiran anda.

8. Adakah bayaran caruman perlindungan akan dikembalikan sekiranya membuat keputusan untuk keluar dari pakej SPS Lindung?

Tidak, bayaran tersebut diberikan secara percuma untuk perlindungan anda selama setahun.

9. Bagaimana caranya untuk membuat tuntutan sekiranya saya terlibat dalam kemalangan?

Hubungi PERKESO atau kunjungi pejabat PERKESO yang berdekatan.


Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.