Kemaskini Insentif Time Booster

Pampasan lebih baik terutamanya untuk tempahan jarak jauh!

Click here for the English version

Mulai 6 Jan 2020 (Isnin), kami akan melaksanakan beberapa perubahan kepada Insentif Time Booster di bandar* anda. Kami mendapati bahawa selepas pelaksanaan peraturan baru, masa pick-up telah meningkat. Struktur ini akan memberi pampasan yang lebih baik untuk tempahan jarak jauh dan akan menggantikan struktur yang sedia ada mulai minggu hadapan.

*Semua bandar kecuali Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka, Kuching, Kota Kinabalu, Penang dan Ipoh.


Apa yang baru?

Insentif baru ini akan menjamin jumlah pendapatan anda untuk setiap minit tempoh pemanduan anda (termasuk tempoh pick up dan perjalanan) – sebagai contoh RM0.35* setiap minit.

Jika sistem kami menganggarkan perjalanan anda akan mengambil masa lebih lama disebabkan kesesakan lalu lintas, dan pendapatan per minit anda jatuh lebih rendah dari tahap Time Booster, anda akan menerima bonus untuk meningkatkan pendapatan bersih anda kepada RM0.35* setiap minit. Seperti bonus Time Booster sebelum ini, Insentif ini akan dibayar serta merta.

*Jumlah Time Booster akan berbeza dari bandar ke bandar.

Sila rujuk contoh jadual* di bawah untuk masa permintaan tinggi

Blok hijau = Permintaan tinggi

*Berbeza mengikut bandar

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.