Insentif Time Booster Baru

Pampasan lebih baik terutamanya pada waktu sibuk!

Click here for the English version

Mulai 4 Nov (Isnin), kami akan melaksanakan beberapa perubahan kepada Insentif Time Booster anda yang sedia ada agar anda boleh dapatkan lebih banyak pendapatan semasa waktu sibuk! Struktur ini akan menggantikan struktur yang sedia ada mulai minggu hadapan. Rujuk di bawah untuk maklumat lanjut.

Apa yang baru?

Insentif baru ini akan mempunyai jumlah Time Booster untuk setiap jam yang berbeza mengikut masa dalam sehari. Sebagai contoh, RM0.50 setiap minit.

Jika sistem kami menganggarkan trip anda mengambil masa yang lebih lama kerana trafik dan menyebabkan pendapatan anda untuk setiap minit yang anda pandu berada di bawah peringkat Time Booster, anda akan menerima bonus untuk menambah pendapatan bersih anda sehingga RM0.50 untuk setiap minit. Seperti bonus Time Booster sebelum ini, insentif akan dibayar dengan serta merta.

Bagaimana cara bonus ini dikira?

Dengan Time Booster baru ini, rakan-pemandu akan menerima bonus untuk menambah pendapatan bersih anda sehingga RM0.50 untuk setiap minit.

Di dalam situasi di mana anda mempunyai pick-up yang jauh, rakan-pemandu akan menerima bonus yang lebih tinggi untuk memberikan pampasan bagi masa memandu yang lebih panjang.

Bagaimana cara ia akan dipaparkan?

Berikut adalah jadual Time Booster anda minggu hadapan (4 Nov – 10 Nov, 2019):

Peringkat Time Booster berbeza mengikut masa dalam hari tersebut dan jenis perkhidmatan. Anda akan menerima jadual Time Booster untuk minggu berikutnya pada setiap hari Ahad. Time Booster yang diberikan kepada GrabCar 6-Seater adalah lebih tinggi daripada GC/JG.

Nota penting:

1. Pembayaran yang ditunjukkan di dalam job card atau skrin dalam transit adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada sebarang perubahan yang disebabkan oleh keadaan trafik.

2. Ciri ini tidak tersedia untuk tempahan yang dijadualkan (advance booking).

3. Ciri ini hanya untukkepada GrabCar, JustGab dan GrabCar (6-Seater)

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.