Grab Fuel Bonus bersama Shell

Untuk rakan-pemandu dan rakan-penghantar Silver, Gold & Platinum di seluruh negara!

Click here for English version

Sebagai tambahan baru kepada program GrabBenefits, kami telah bekerjasama dengan Shell untuk membantu rakan-pemandu dan rakan-penghantar untuk menikmati lebih banyak ganjaran dengan Program Grab Fuel Bonus bersama Shell.

Dengan program ini, anda boleh mendapat sehingga 4x mata ganjaran Bonuslink tambahan setiap kali anda mengisi minyak di mana-mana stesen Shell di Malaysia!

Bukan itu sahaja, sekiranya anda berbelanja melebihi RM300 setiap bulan, anda juga boleh menerima 2x mata ganjaran Bonuslink tambahan untuk setiap liter minyak yang anda beli di Shell.

Contoh: Bob berjaya mencapai peringkat platinum pada bulan Julai dan Ogos.


Menarik! Bagaimana caranya untuk mendaftar?

  1. Dapatkan kad Bonuslink anda secara percuma di mana-mana stesen Shell dan aktifkannya.
  2. Buka aplikasi pemandu Grab anda dan tekan ‘GrabBenefits’.
  3. Tekan baucar ‘Grab Fuel Bonus with Shell’.
  4. Tekan ‘Simpan Manfaat Ini’.
  5. Tekan ‘Gunakan Sekarang’.
  6. Isi borang dan tekan ‘Submit’ (anda cuma perlu daftar sekali sahaja).
  7. Jangan lupa untuk leretkan kad Bonuslink anda setiap kali anda membeli petrol di mana-mana stesen Shell di seluruh negar.
  8. Dapatkan mata ganjaran tambahan anda pada bulan seterusnya!

*Pastikan semua maklumat peribadi adalah tepat dan terkini untuk memastikan pendaftaran anda berjaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila tekan sini.


Soalan Lazim

Siapakah yang layak untuk menyertai program ini?

Program ini dibuka untuk semua rakan-pemandu dan rakan-penghantar Grab yang telah berdaftar sebagai ahli Bonuslink di Malaysia.

Saya belum memiliki kad Bonuslink. Apakah yang perlu saya lakukan?

Dapatkan kad Bonuslink percuma anda dari mana-mana stesen Shell di Malaysia dan ikuti arahan selanjutnya untuk mendaftar sebagai ahli Bonuslink. Pastikan kad Bonuslink anda telah diaktifkan sebelum anda mendaftar untuk Program Grab Fuel Bonus bersama Shell.

Berapa lamakah program ini akan dijalankan?

Program ini sah mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 May 2021.

Bagaimanakah caranya untuk menyertai program ini?

Kunjungi bahagian GrabBenefits di aplikasi pemandu anda dan tebus baucar Program Grab Fuel Bonus bersama Shell. Daftarkan kad Bonuslink anda untuk menyertai program ini.

Bagaimanakah program ini berfungsi?

Anda bakal menerima mata ganjaran Bonuslink tambahan (bergantung kepada peringkat anda) untuk setiap pembelian petrol di stesen Shell di seluruh negara dalam tempoh program ini.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya bukan lagi rakan-pemandu atau rakan-penghantar Grab?

Sekiranya akaun rakan-pemandu atau rakan-penghantar anda ditamatkan, anda tidak akan menerima mata ganjaran tambahan mulai bulan seterusnya.

Di manakah saya boleh menggunakan kad Bonuslink saya?

Leretkan kad Bonuslink anda semasa anda mengisi minyak di stesen Shell untuk mendapatkan mata ganjaran tambahan.

Apakah yang boleh saya lakukan dengan mata ganjaran Bonuslink?

Gunakan mata ganjaran untuk penebusan petrol di stesen Shell di seluruh Malaysia atau tebus pelbagai ganjaran menarik di laman web Bonuslink.

Bila saya akan menerima mata ganjaran tambahan ini?

Anda akan menerima mata ganjaran tambahan ini secara bulanan, dalam 14 hari bekerja pada permulaan bulan yang seterusnya.

Adakah perbelanjaan lain (seperti minyak pelincir) akan turut menerima mata ganjaran tambahan?

Tidak, anda cuma akan menerima mata ganjaran tambahan untuk pembelian petrol Shell di stesen Shell di seluruh negara.

Saya kehilangan kad Bonuslink yang telah didaftarkan untuk program ini. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sila hubungi Bonuslink di 03-7626 1000 untuk melaporkan kehilangan tersebut dan anda akan dibantu untuk mendapatkan kad gantian.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan berkenaan keahlian Bonuslink saya?

Sila kunjungi laman web Bonuslink untuk maklumat lanjut.

 

 

Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.