Ciri Pengesahan Swafoto Pemandu

Perlindungan menyeluruh untuk akaun anda!

Click here for the English version

Memperkenalkan ciri Pengesahan Swafoto Pemandu, ciri baharu yang akan meningkatkan keselamatan akaun rakan-pemandu dan menghalang sebarang log masuk secara tidak sah!

Dengan ciri ini, anda hanya perlu mengesahkan identiti anda dengan mengambil swafoto apabila anda log masuk ke akaun anda menggunakan peranti baru.

*Ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat


Bagaimanakah ia berfungsi?

Langkah 1: Pastikan anda telah log masuk melalui Google dengan menggunakan peranti baru.
Langkah 2: Pastikan anda telah berhenti di tempat yang selamat.
Langkah 3: Ikut arahan di aplikasi pemandu dan lengkapkan proses pengesahan!

Jika swafoto anda sepadan dengan gambar profil di dalam sistem kami, anda bakal boleh log masuk ke akaun anda dengan serta-merta!

Jika anda gagal untuk mengesahkan identiti anda, sila tunggu 10 minit sebelum mengulang proses ini.


Soalan Lazim

Mengapakah ciri ini dilancarkan?

Ciri ini dilancarkan bagi meningkatkan keselamatan akaun pemandu Grab dan untuk melindungi identiti rakan-pemandu.

Adakah saya perlu mengesahkan identiti saya setiap kali saya log masuk ke akaun saya menggunakan peranti baru?

Ya, anda perlu melengkapkan pengesahan swafoto pemandu setiap kali anda log masuk ke akaun anda menggunakan peranti baru.

Apakah yang boleh saya lakukan sekiranya wajah saya tidak dapat disahkan?

Sila ikuti arahan di aplikasi pemandu anda dan pastikan wajah anda tidak terlindung atau cari lokasi dengan pencahayaan yang baik untuk mengambil swafoto.

Jika pengesahan swafoto anda gagal setelah beberapa percubaan, sila tunggu 10 minit sebelum anda memulakan semula proses log masuk akaun dan pengesahan swafoto ini.

Apakah yang akan berlaku jika pengesahan identiti saya masih gagal?

Ini mungkin bermaksud swafoto anda tidak sepadan dengan gambar profil di dalam sistem kami. Sila isi borang temujanji untuk mengambil gambar profil baru di Grab Driver Centre (GDC), ATAU kemaskini gambar profil anda melalui Pusat Bantuan jika bandar anda tidak mempunyai GDC.

Lembah Klang Tekan sini untuk membuat temujanji
Johor Bahru, Penang, Kuantan,
Ipoh, Melaka, Kuching, Kota Kinabalu
Tekan sini untuk membuat temujanji
Bandar-bandar lain Tekan sini untuk mengemaskini gambar profil anda

Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan. Terima kasih.