Menu Driver Sign-Up

Referral Bonus Kereta Pacuan Empat Roda (4WD)

Lebih banyak bonus untuk anda dan rakan anda!

Click here for the English version

Sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh, kami ingin memperkenalkan Bonus Referral 4WD! Kini, anda berpeluang mendapat bonus berjumlah RM80 apabila anda merujuk rakan anda yang memandu kereta pacuan empat roda (4WD)!

Bukan itu sahaja – di samping mendapat bonus untuk referral yang berjaya, rakan anda juga akan layak menerima RM50!

Bagaimanakah saya boleh mendapat bonus ini*?

Untuk mendapatkan ganjaran Bonus Referral 4WD, ikuti langkah-langkah mudah yang berikut:

  1. Pastikan anda adalah rakan-pemandu Grab yang berdaftar.
  2. Rujuk rakan anda dengan kenderaan 4WD untuk menjadi pemandu GrabCar.
  3. Pastikan rakan anda melengkapkan 12 trips dalam masa 30 hari pengaktifan.
  4. Bonus referral akan diberikan kepada anda dan rakan anda!

3 langkah untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Grab!

Langkah 1

Rakan anda boleh mendaftar di sini.  Jika anda telah dirujuk oleh rakan anda, pastikan anda mengisi butiran rakan anda ketika mendaftar.

Langkah 2

Lengkapkan borang online, latihan & kuiz.

Langkah 3

Sahkan dokumen (IC, lesen memandu, insurans kereta) di mana-mana kiosk/ pusat latihan kami yang tersenarai di sini.

Terma dan syarat:

  1. Referral Bonus ini berlangsung dari 6 Ogos. Pemandu yang didaftarkan melalui referral perlu diaktifkan untuk melayakkan rakan-pemandu menerima bonus ini.
  2. Pemandu yang didaftarkan melalui referral perlu melengkapkan 12 trips dalam masa 30 hari pengaktifan untuk melayakkan rakan-pemandu bagi bonus ini.
  3. Referral ini hanya dibuka untuk kenderaan berikut:
  • Chevrolet Colorado
  • Ford Ranger
  • Isuzu D-MAX
  • Mazda BT-50
  • Mitsubishi Triton
  • Nissan Navara
  • Toyota Hilux
  1. Pemandu yang didaftarkan melalui referral haruslah pemandu yang baru dan tidak termasuk di dalam kategori Myteksi/GC sedia ada/bekas GC ataupun pemandu yang telah ditamatkan/digugurkan.
  2. Semua keputusan daripada Grab adalah muktamad dan sebarang persoalan dalam hal ini tidak akan dilayan.
  3. Referral bonus ini tertakluk kepada rakan pemandu Grab yang memandu di dalam kawasan Pantai Timur sahaja (Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kemaman & Kuantan).