Rujuk rakan anda dan dapat ganjaran!
Click here for English version
Ahli keluarga atau rakan anda berminat menjadi rakan pemandu Grab? Kongsikan berita bahawa dari 20 Ogos hingga 15 Oktober [Promosi dilanjutkan!], mereka boleh nikmati 100% tambang untuk 7 hari pertama selepas pengaktifan. Tiada komisen akan dicaj ke atas tambang. *Tertakluk kepada terma & syarat
Pada masa yang sama, anda akan mendapat bonus minimum RM75 untuk setiap rujukan – jadi, lebih ramai yang anda rujuk, lebih besar ganjarannya! Oleh itu, ajaklah rakan anda untuk daftar sekarang!
Mula dengan 3 langkah mudah ini!
Langkah 1
Daftar di sini. Jika anda telah dirujuk oleh rakan anda, pastikan anda mengisi butiran rakan anda ketika mendaftar.
Langkah 2
Lengkapkan borang online, latihan dan kuiz. Mudah sahaja!
Langkah 3
Sahkan dokumen anda (kad pengenalan, lesen memandu, insurans kereta) di mana-mana kiosk/pusat latihan yang disenarai di sini.
Soalan Lazim tentang kempen komisen 0%
Saya adalah rakan-pemandu baru Grab. Bolehkah saya menyertai program ini?
Ya. Sebagai pemandu yang baru, anda secara automatik akan dimasukkan ke dalam program ini bermula 20 Ogos 2018.
Saya adalah rakan-pemandu yang sudah berdaftar sebelum ini (bukan pemandu baru). Bolehkah saya menyertai program ini?
Tidak. Program ini hanya tertakluk kepada pemandu baru sahaja.
Apakah yang dimaksudkan dengan komisen 0%?
Tiada caj komisen akan dikenakan kepada tambang anda. Walau bagaimanapun, komisen 0% hanya tertakluk kepada trip Auto Accept sahaja.
Adakah insentif saya akan dikenakan komisen 0%?
Tidak. Komisen 0% hanya tertakluk kepada tambang sahaja.
Berapa lamakah saya boleh menikmati komisen 0% komisen untuk tambang?
Anda akan menikmati komisen 0% untuk tambang selama 7 hari bermula dari hari pertama akaun anda diaktifkan.
Apakah yang akan berlaku selepas 7 hari?
Tambang anda akan dikenakan kadar komisen 25%.
Bolehkah saya memandu di luar Lembah Klang dengan ciri Multi-City Support dan masih menikmati komisen 0% untuk tambang?
Tidak, komisen 0% adalah tertakluk kepada trip yang dilengkapkan di Lembah Klang sahaja. Sekiranya anda memandu di luar Lembah Klang, anda akan dikenakan komisen 25% (ataupun komisen 20% jika Auto Accept diaktifkan).
Butiran apakah yang perlu saya isi di dalam borang aplikasi?
Berikut adalah butiran yang penting: kad pengenalan, lesen memandu, dan kereta yang sebaik-baiknya tidak lebih dari 6 tahun. Untuk maklumat lanjut tentang syarat-syarat pendaftaran sebagai seorang pemandu, sila tekan di sini.
Terma dan syarat
- Skim komisen 0% tertakluk kepada kesemua rakan-pemandu di Lembah Klang yang mendaftar dan diaktfikan dari 20 Ogos hingga 15 Oktober 2018 [Promosi dilanjutkan!]
- Hari yang terakhir pengaktifan akaun bagi menikmati komisen 0% untuk tambang adalah pada 15 Oktober 2018
- *Komisen 0% hanya tertakluk trip Auto Accept sahaja. Trip mesti dilengkapkan di dalam Lembah Klang sahaja.
- Komisen 0% hanya tertakluk kepada tambang sahaja. Insentif akan ditolak berdasarkan struktur insentif yang dipilih oleh pemandu. Jika Auto Accept diaktifkan, komisen 25% akan diturunkan kepada 20%
- Komisen 0% hanya tertakluk kepada kepada trip Auto Accept yang dilengkapkan tempoh 7 hari pertama pendaftaran dan pengaktifan.
- Kempen ini hanya tertakluk kepada pemandu GrabCar yang baru di Lembah Klang sahaja.
- Rakan-pemandu akan dimaklumkan apabila akaun mereka diaktifkan.
- Semua keputusan daripada pihak Grab adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.