Nikmati ganjaran menarik dengan GrabBenefits!

Tebus ganjaran untuk usaha anda dengan menekan butang GrabBenefits

Sebagai tanda penghargaan kepada anda, kami amat berbesar hati untuk memperkenalkan GrabBenefits, program ganjaran terbaru untuk semua rakan-penghantar. Dengan GrabBenefits, kini lebih mudah bagi rakan-penghantar GrabFood dan GrabExpress untuk menebus ganjaran!

Anda hanya perlu menekan butang GrabBenefits di dalam aplikasi pemandu anda untuk menebus ganjaran anda! Mudah bukan? Nikmati pelbagai ganjaran menarik yang telah kami sediakan untuk anda seperti diskaun pemeriksaan kesihatan, pakej pelancongan dan banyak lagi.

Tekan tab di bawah untuk maklumat lanjut.

Ganjaran program GrabBenefits terbahagi kepada empat peringkat iaitu Member, Silver, Gold dan Platinum dan akan ditentukan berdasarkan prestasi penghantaran anda pada bulan sebelumnya. Prestasi rakan-pemandu akan dinilai berdasarkan kadar AR, kadar CR dan jumlah penghantaran yang dilengkapkan dalam satu bulan.  

*Peringkat rakan-penghantar akan dikemaskini setiap 1 hari bulan

Untuk makluman anda, peringkat GrabBenefits anda akan dikemas kini pada setiap 1 hari bulan. Tingkatkan prestasi anda dan capai peringkat Platinum bagi mendapatkan ganjaran terbaik!

Dapatkan manfaat eksklusif apabila anda mencapai peringkat platinum

Peringkat platinum kini lebih berbaloi! Apabila anda mencapai peringkat platinum, anda bakal menerima ganjaran-ganjaran berikut pada Aplikasi Penumpang Grab:

Bukan itu sahaja, banyak lagi ganjaran menanti anda:

  • Diskaun percutian, perkhidmatan, gaya hidup dan hiburan di GrabRewards
  • Keutamaan Panggilan Khidmat Pelanggan

Ganjaran-ganjaran ini akan tersedia di aplikasi penumpang anda secara automatik sekiranya nombor telefon anda yang berdaftar untuk Aplikasi Penumpang Grab dan Aplikasi Pemandu Grab adalah sama.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk memeriksa peringkat dan pencapaian GrabBenefits anda.

Langkah 1: Tekan profil pemandu anda
Langkah 2: Tekan ‘Lihat peringkat dan pencapaian’
*Langkah 3: Ikuti peringkat dan pencapaian anda

Nota: Peringkat GrabBenefits akan dikemas kini pada setiap 1 hari bulan berdasarkan prestasi anda pada bulan lepas.

// *PENGUMUMAN

Disebabkan oleh masalah teknikal, sila harap maklum bahawa maklumat Kadar Penerimaan (AR) dan Kadar Pembatalan (CR) anda tidak akan dipaparkan di bahagian Profil Pemandu buat masa ini. Pihak kami sedang berusaha untuk membaiki sistem kami. Sila nantikan maklumat selanjutnya pada masa terdekat.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menebus ganjaran GrabBenefits anda.

Langkah 1: Tekan pada GrabBenefits dalam Aplikasi Pemandu
Langkah 2: Semak dan pilih ganjaran anda
Langkah 3: Simpan ganjaran yang anda ingin tebus
Langkah 4: Untuk menebus, tekan ‘Guna Sekarang’ dan ikuti arahan yang diberi


Ganjaran Peringkat Platinum

Menjadi rakan-pemandu peringkat Platinum hari ini untuk menikmati manfaat dan ganjaran eksklusif!


Ganjaran eksklusif di GrabBenefits

Perlindungan Jalan Raya

Hantar tanpa rasa bimbang dengan perlindungan insurans baharu! Tekan di sini untuk maklumat lanjut.

Sumbangan Zakat 

Kami telah bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menjadikan sumbangan zakat lebih mudah untuk rakan-pemandu Muslim! Tekan sini untuk info lanjut.

Driver Pit Stop

Kunjungi Grab Driver Pit Stop untuk berehat dan dapatkan minuman percuma – cara mudah bagi kami untuk mengatakan “Terima Kasih” kepada masa yang anda meluangkan di jalan raya. Tekan sini untuk info lanjut.

Rebat Petrol

Nikmati rebat petrol sehingga RM35 dan dapatkan mata ganjaran Mesra bonus dengan menyertai Program Grab Mesra Fuel Savers. Maklumat lanjut di sini.

Mata Ganjaran Tambahan

Daftarkan sehingga 6x mata ganjaran Bonuslink tambahan untuk setiap pembelian petrol di stesen Shell seluruh negara dengan Grab Fuel Bonus bersama Shell. Tekan sini untuk info lanjut.


Lebih banyak tawaran menarik menanti anda!

Soalan Lazim

GrabBenefits adalah program ganjaran untuk rakan-penghantar GrabFood dan GrabExpress. Rakan-penghantar boleh menikmati ganjaran berbeza bergantung kepada peringkat mereka.

Semua rakan-penghantar GrabFood dan GrabExpress sedia ada akan didaftarkan untuk program ini secara automatik.

Anda akan dapat melihat peringkat anda (Member) 24 jam setelah anda melengkapkan trip pertama anda.

Anda akan dikategorikan berdasarkan prestasi anda pada bulan lepas. Peringkat bulanan anda akan dikemaskini pada setiap 1 hari bulan.

Contoh: Pada bulan Jun, AR anda adalah 95% dan anda telah melengkapkan 200 tempahan. Peringkat GrabBenefits anda pada bulan Julai ialah Gold. Anda boleh mulai menebus ganjaran yang boleh didapati oleh rakan-penghantar Gold. Ganjaran boleh ditebus dari 1hb Julai sehingga peringkat anda dikemaskini pada 1hb Ogos.

Semua rakan-penghantar yang belum lagi mencapai syarat minima (kadar penerimaan, kadar pembatalan dan bilangan pesanan penghantaran yang telah ditetapkan) akan diletakkan di dalam peringkat Member untuk program ini. 

Sila tekan pada GrabBenefits dalam Aplikasi Pemandu. Kemudian pilih ganjaran yang anda ingini dan tekan ‘Simpan Manfaat Ini’. Untuk menggunakan manfaat yang telah anda simpan, hanya tekan ‘Guna Sekarang’ dan nikmati manfaat anda!

Program ini memberikan ganjaran eksklusif kepada rakan-penghantar berprestasi tinggi. Jika anda layak ke peringkat seterusnya, anda boleh menyemak ganjaran yang tersedia bagi peringkat tersebut dalam aplikasi pemandu anda.

Peringkat anda akan kekal pada bulan tersebut dan anda masih boleh menebus ganjaran yang tersedia apabila akaun anda diaktifkan semula.

Contoh: Peringkat anda untuk bulan Julai adalah Silver. Akaun anda digantung pada 15hb Julai dan diaktifkan semula pada 18hb Julai. Anda masih boleh tebus ganjaran yang tersedia untuk peringkat Silver dari 18hb Julai sehingga peringkat anda dikemaskini pada 1hb Ogos.

Anda tidak akan dapat melihat/menebus ganjaran yang anda simpan daripada peringkat Platinum jika ganjaran tersebut tidak dibuka kepada rakan-penghantar di dalam peringkat Member.

Ganjaran tersebut mungkin telah luput/ditebus sepenuhnya, atau anda mungkin tidak lagi layak untuk menebus ganjaran tersebut disebabkan oleh peringkat anda yang sedia ada.